-::-: MAKLUMAN SEMASA :-::-


Selamat Datang ke blog rasmi PIBG SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog PIBG SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

PERMOHONAN MEMASUKI KELAS PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT 2017 KINI DIBUKA. SEGALA MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK DENGAN PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Tahniah kepada semua ajk PIBG yang telah dilantik , semoga dapat memberikan satu revolusi organisasi yang lebih mapan. Amiin,.

ANDA ADA USUL, CADANGAN, MAHUPUN KEMUSYKILAN? BERHUBUNGLAH DENGAN PIBG SK SERKAM DARAT. KITA BINCANG DAN SELESAIKAN BERSAMA-SAMA. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016 - SEMUA AJK PIBG DIJEMPUT BERSAMA-SAMA MEMERIAHAN SAMBUTAN KALI INI. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

ANDA INGIN MENYALURKAN SUMBANGAN? TAPI TAK TAHU NAK BUAT MACAM MANA? HUBUNGI SAHAJA PIBG SK SERKAM DARAT.

Saturday 30 April 2016

PROJEK KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS ANGKAT PIBG SKSD 2016-2018 - 5 INOVATIF

PROJEK KEBERSIHAN & KECERIAAN 
KELAS ANGKAT PIBG SKSD 2016-2018
5 INOVATIF

Pada 30 April yang lalu, AJK PIBG sesi 2016-2018 telah memulakan tugasan yang pertama iaitu mengecat kelas Tahun 5 Inovatif. Tugasan ini merupakan aktiviti yang telah dirancang oleh pihak persatuan dengan persetujuan daripada pihak pentadbir sekolah. PIBG SKSD telah bersetuju mengambil empat kelas sebagai kelas angkat untuk projek kebersihan dan keceriaan kelas. AJK PIBG telah berkumpul pada jam 8:30 pagi bagi memulakan kerja-kerja mengecat kelas ini. Alhamdulillah, AJK dari kalangan ibu bapa dan guru serta ibu bapa turut sama hadir bagi membantu menyiapkan kerja-kerja mengecat ini. Kehadiran Guru Besar iaitu En.Azman bin Janudin juga memberikan semangat kepada semua yang terlibat dalam projek ini. Bersyukur ke hadrat Allah, segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Tugasan yang dilaksanakan ini tamat pada jam 12:00 tengah hari. AJK PIBG akan menyambung lagi tugasan pada hari Sabtu hadapan untuk kelas yang berikutnya. Semoga murid-murid dan guru-guru akan lebih bersemangat untuk proses pengajaran dan pembelajaran di kelas yang telah dicat ini. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil sekitar lawatan ini berlangsung.





 

 
 

No comments:

Post a Comment