-::-: MAKLUMAN SEMASA :-::-


Selamat Datang ke blog rasmi PIBG SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog PIBG SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

PERMOHONAN MEMASUKI KELAS PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT 2017 KINI DIBUKA. SEGALA MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK DENGAN PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Tahniah kepada semua ajk PIBG yang telah dilantik , semoga dapat memberikan satu revolusi organisasi yang lebih mapan. Amiin,.

ANDA ADA USUL, CADANGAN, MAHUPUN KEMUSYKILAN? BERHUBUNGLAH DENGAN PIBG SK SERKAM DARAT. KITA BINCANG DAN SELESAIKAN BERSAMA-SAMA. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016 - SEMUA AJK PIBG DIJEMPUT BERSAMA-SAMA MEMERIAHAN SAMBUTAN KALI INI. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

ANDA INGIN MENYALURKAN SUMBANGAN? TAPI TAK TAHU NAK BUAT MACAM MANA? HUBUNGI SAHAJA PIBG SK SERKAM DARAT.

Thursday 21 April 2016

MESYUARAT AGUNG AJK PIBG SKSD KALI PERTAMA

Pada 21 April yang lalu, PIBG Sekolah Kebangsaan Serkam Darat telah mengadakan satu mesyuarat di peringkat AJK PIBG yang baru dilantik dalam mesyuarat agung yang diadakan pada 26 Mac 2016. Alhamdulillah, mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar mengikut agenda-agenda yang telah di tetapkan. Yang Di Pertua PIBG SKSD telah menyampaikan beberapa amanat penting seperti penetapan Visi dan Misi PIBG SKSD, penubuhan biro-biro seperti Biro Ekonomi, Biro Akademik, Biro Kebajikan dan Keselamatan, Biro Sosial dan Biro Maklumat. Semua ketua kepada biro-biro yang ditubuhkan adalah dari kalangan AJK ibu bapa manakala penolong ketua dari kalangan pentadbir sekolah. Ini bagi memastikan setiap biro yang ditubuhkan benar-benar berfungsi dan dapat merancang aktiviti yang bersesuaian, dalam usaha membantu pihak sekolah memajukan pendidikan anak-anak murid sekolah ini. Selain itu juga dalam mesyuarat yang pertama ini, turut membincangkan mengenai penglibatan ibu bapa dalam program-program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah mahu pun pihak persatuan sendiri. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk tahun 2016 ini. Pihak persatuan amat berharap semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berikut adalah gambar-gambar yang dapat diambil sekitar mesyuarat ini berlangsung.





No comments:

Post a Comment