-::-: MAKLUMAN SEMASA :-::-


Selamat Datang ke blog rasmi PIBG SK Serkam Darat.Sekolah Bestari Malaysia Luar Bandar.

Selamat datang ke Blog PIBG SK Serkam Darat. Sekolah Bestari Luar Bandar. Blog ini diwujudkan adalah bagi memberikan informasi dan maklumat terkini untuk semua.

PERMOHONAN MEMASUKI KELAS PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT 2017 KINI DIBUKA. SEGALA MAKLUMAT LANJUT SILA RUJUK DENGAN PRA SEKOLAH SK SERKAM DARAT.

Makmal ICT SK Serkam Darat sudah boleh digunakan tetapi kali ini penggunaan adalah terhad kepada kedatangan dengan guru sahaja. Murid-murid adalah dilarang masuk ke Makmal ICT tanpa guru. Untuk tempahan sila berhubung dengan juruteknik Komputer. Harap Maklum.

Bagi murid yang berpindah dari sekolah lain sila ambil buku teks di sekolah lama, Terima Kasih.

Tahniah kepada semua ajk PIBG yang telah dilantik , semoga dapat memberikan satu revolusi organisasi yang lebih mapan. Amiin,.

ANDA ADA USUL, CADANGAN, MAHUPUN KEMUSYKILAN? BERHUBUNGLAH DENGAN PIBG SK SERKAM DARAT. KITA BINCANG DAN SELESAIKAN BERSAMA-SAMA. MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.

SAMBUTAN HARI GURU TAHUN 2016 - SEMUA AJK PIBG DIJEMPUT BERSAMA-SAMA MEMERIAHAN SAMBUTAN KALI INI. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.

ANDA INGIN MENYALURKAN SUMBANGAN? TAPI TAK TAHU NAK BUAT MACAM MANA? HUBUNGI SAHAJA PIBG SK SERKAM DARAT.

Sunday 8 March 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-15

TARIKH : 07 MAC 2015
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 TGH HARI
PERASMI : YB ENCIK ZAIDI BIN ATAN, ADUN KAWASAN SERKAM.

'Bulat air kerana pembentung, bulat organisasi kerana muafakat', begitulah sinonimnya sebaris pepatah melayu dengan pemuafakatan sesebuah organsasi. Pada 07 Mac yang lalu, SKSD bersama PIBG SKSD telah menjalankan satu Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-15. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB En Zaidi B Atan ADUN Kawasan Serkam. Walaupun sibuk dengan jadual politik harian, YB En Zaidi Atan sempat juga meluangkan masa beliau bagi menjenguk aktviti dan permaslahan yang ada dalam masyarakat beliau. Terima Kasih YB En Zaidi Atan.

Tidak kurang hebatnya juga dengan kehadiran ibu bapa penjaga yang sanggup meluangkan masa bagi menghadiri mesyuarat tersebut. Banyak kemusykilan dan usul baru dibangkitkan oleh ibu bapa. Pihak ajk PIBG bersama pihak pentadbir SKSD, alhamdulillah telah dapat menyelesaikannya dengan baik.

Sambil bermesyuarat, hadirin dihidangkan dengan persembahan qasidah dari anak-anak SKSD yang cukup berbakat dan juga cabutan bertuah. Boleh dikirakan hampir 90% hadirin yang hadir menerima bahagian masing-masing. Tahniah dan syabas.

Sedikit coretan semasa mesyuarat berlansung.